Kepesatan sains teknologi dan kejuruteraan
dalam kerancakan berinovasi merupakan elemen utama yang membina pencapaian dan
ketamadunan sesebuah bangsa.
TOKOH ISLAM DAN SUMBANGAN MEREKA
Dalam sains Islam ,ramai tokoh Islam
terkemuka telah memberikan sumbangan mereka dalam bidang sains teknologi dan
kejuruteraan misalnya.
1
1.Al-Razi (865-925M)
Nama sebenarnya beliau
ialah Zakaria al-Razi dan di Barat dikenali sebagai Rhazes.Beliau dilahirkan di
Ray berhampiran dengan Taheran Parsi.Al-Razi ialah tokoh perubatan Islam yang
terkenal. Beliau bukan sahaja terkenal sebagai ahli perubatan ,bahkan terkenal
juga sebagai ahli biologi, fizik dan kimia .
2 2.
Al-Khawarizmi (780-850M)
Nama sebanar beliau ialah
Muhammad ibn Musa al-khawarizmi. Beliau dianggap sebagai Bapa al-Jabar.
Al-Khawarizmi juga merupakan tokoh Matematik dan Algebra .
Karya beliau diterjemahkan ke dalam bahasa
Latin pada 1120M yang berjudul De Numero Idorom oleh Prince Boniopagni .Antara
karya beliau yang terkenal ialah al-Jami’ Wa al-Jabar dan kitab al-Mukhtasar fi
Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah .Beliau juga banyak menyumbang dalam bidang
Geometri.
3 3.Ibn Sina (370-480H / 980-1037M)
Nama sebenar beliau ialah
Abu Ali Hussain bin Abdullah bin Sina. Ibnu sina dilahirkan di Ashfara
berhampiran dengan Bandar Bukhara .Di barat ,beliau dikenali dengan nama
Avicenna.
Ibnu sina dikenali sebagai tokoh perubatan Agung
dalam dunia Islam dan juga di barat dengan nama al-sheikh al-Rais atau Prince
of Physicians .Karya beliau yang terkenal ialah Qanun fi al-Tibb (Canon of
Medicine) yang mengandungi lima buah buku dan merupakan Ensklopedia Perubatan.
4 4.Al-Zahrawi (936-1013M)
Nama sebenar beliau ialah
Abu Qasim al-zahrawi .Beliau dikenali dengan nama Abu Casis di Barat
.Al-zahrawi merupakan tokoh pembedahan (pakar bedah) serta pernah berkhidmat
sebagai doctor di Istana al-Hakam II .Karya beliau dalam bidang pembedahan ialah
kitab al-tasrif.
5 5.Al-Battani (858-929M)
Nama sebenar beliau ialah
Muhammad ibn Jarir Sinan Abu Abdullah al-Battani yang dilahirkan di Battan. Di
barat ,beliau dikenali dengan nama Albategannius .Beliau merupakan tokoh
matematik dan astronomi .Al-Battani telah memperkenalkan teori
tangen,kotangen,sinus dan kosinus serta menghasilkan sifir kontangen.Antara
sumbangan beliau dalam bidang trigonometri adalah mengemukakan kaedah pengiraan
astronomi secara trigonometri.
No comments:
Post a Comment