Sunday 20 March 2016

TEKNOLOGI DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH

Perkataan 'teknologi' berasal daripada bahasa Greek, iaitu technologia dan bahasa Yunani, iaitu techne yang bermaksud seni, kemahiran atau rekaan (Hairudin Harun, 2007).

   Teknologi ialah satu sains gunaan berkaitan ilmu sains yang digunakan bagi mencapai matlamat atau tujuan yang praktikal. Secara etimologinya, teknologi berasal daripada bahasa Yunani, iaitu techne dan logos. Techne ialah seni (art), kerja tangan atau keterampilan. Maka, tekno disesuaikan dengan maksud kemahiran teknik atau hasil kerja. Logos pula bermaksud wacana atau kata-kata sistematis. 

   Teknologi boleh merujuk kepada keadaan-keadaan yang berikut :
(a) Penggunaan berbagai-bagai kaedah dan teknik pembuatan barang atau perkhidmatan yang    dihasilkan melalui rekaan sains untuk menyelesaikan masalah.

(b) Teknik-teknik yang meliputi kaedah, bahan-bahan, peralatan dan proses-proses untuk menyelesaikan masalah.

(c) Penggunaan pelbagai sumber seperti pengetahuan, kemahiran, proses, teknik, peralatan dan bahan untuk menyelesaikan masalah.

   Dari segi istilah, teknologi ialah ilmu pengetahuan dan tindakan yang bersistem yang merujuk kepada industri.
 

No comments:

Post a Comment