Sunday 20 March 2016

SAINS DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH

Sains dari aspek istilah ialah satu ilmu yang dihasilkan secara cerapan dan fahaman ataupun huraian yang sistematik mengenai sesuatu kejadian tabii atau alam semulajadi yang berlaku melibatkan penggunaan intelek disamping kaedah yang dapat diukur (kuantitatif). Sains juga adalah satu ilmu yang diperoleh secara metodologi sainstifik (Hairudin Harun, 2007). Selain itu, sains ialah ilmu mengenai kajian yang rasional dan emprikal yang tidak berkaitan dengan wahyu, instuisi, emosi dan perkara-perkara agama. Sains terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu:

1. Sains Tulen atau Sains Tabii.
2. Sains Gunaan (Teknologi dan Kejuruteraan).
3. Sains Sosial (Tabiat Manusia).
 

No comments:

Post a Comment