Sunday 20 March 2016

PERANAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

Secara umumnya, peranan utama Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam adalah untuk mentadbir urus kehidupan manusia dengan cara yang paling terbaik dan memberi impak duniawi serta ukhrawi. 

1. Membantu manusia mengenali Allah SWT sebagai pencipta alam.

(a) Islam menetapkan bahawa sebarang perkara yang melibatkan kajian sains hendaklah berada kerangka dan panduan syariat bagi tujuan kebaikan manusia dan keredaan Ilahi.

(b) Dapatan sains Islam menjadikan sainstis lebih dekat kepada Allah SWT dan sebaliknya dapatan sains Barat lebih menjadikan manusia bongkak dan jauh daripada Allah SWT.

2. Membantu manusia supaya bertakafur 

(a) Penyelidikan sains teknologi dalam Islam membawa seseorang kepada sifat-sifat takafur dan memberi kesedaran kepada manusia melalui penggunaan akal.

(b) Penyelidikan sains melalui wahyu-wahyu membawa kepada penerimaan kebesaran Allah SWT seperti yang dijelaskan didalam surah al-baqarah.

3. Membantu melaksanakan syariat
Kajian sains dan teknologi dalam Islam adalah didorong oleh kepentigan dalam perlaksanaan syariat Islam. Pelaksanaan syariat akan berjalan lancar sekiranya masyarakat Islam membangunkan suatu peraturan dalam perhubungan antara satu sama lain.

4. Menetukan dan membuat ramalan tentang sesuatu perkara
Melalui hasil kajian sains, manusia dapat menentukan tarikh dengan melakukan pencerapan, contohnya tarikh awal puasa, tarikh perayaan dan lain-lain.

5. Menbugar budaya berkarya dan berinovasi 
Dengan mengkaji alam dan sains teknologi, secara tidak langsung, manusia dapat menghasilkan suatu karya dan mencipta sesuatu melalui kajiannya.

6. Dapat membantu manusia dalam memenuhi keperluan material dan kehidupan seharian yang diperlukan.
Penciptaan sains dan teknologi secara tidak langsung memenuhi keperluan asasi manusia seperti makanan, tempat tinggal, pakaian, pendidikan, perubatan, pengakutan dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment