1 1)
Universiti dan institusi pendidikan
Wujudnya universiti-universiti di wilayah timur antaranya
Universiti al-Azhar, university di Andalus, contonya Universiti Granada,
Universiti Cordova dan Universiti Seville.
2) Perpustakaan
Wujudnya Baitul Hikmah yang dirikan oleh Khalifah Harun
al-Rsyid di Baghdad. Hasil sumbangan beliau, lahirlah golonganpenterjemah yang
mahir, agen penukaran budaya dan pemindahan teknologi, menerbitkan bahan ilmu
yang berkualiti dan Berjaya menghidupkan budaya ilmu. Selain itu, penterjemahan
daripada pelbagai bangsa dapat dihimpunkan dengan kewujudan institusi ini, di
samping Berjaya menginstitusikan ilmu pengetahuan.
3) Hospital
Hospital berperanan sebagai pusat pengajian dan penyelidikan
perubatan, rawatan serta pusat latihan kejurawatan dan kedoktoran.
Mempelbagaikan kaedah rawatan terutamanya dalam aspek spiritual, pencegahan,
aromaterapi dan mengeluarkan penyakit. Fungsinya adalah dapat mengistitusikan
pusat rawatan seperti hospital, hospital bergerak dan pusat kecemasan. Selain
itu, etika dalam profesion kedoktoran dan pusat pengajian perubatan yang lebih
teratur dapat diperkenalkan.
4) Balai cerap
Berperanan sebagai pusat penyelidikan, pusat latihan
pembelajaran astronomi dan pusat pengumpulan data. Pusat ini berjaya menggabungkan pelbagai disiplin ilmu dan
pengkajian astronomi seperti matematik,
trigonometri dan algebra.
5) Kejuruteraan awam
Teknologi bangunan mempunyai kaitan rapat dengan bidang seni
bina. Ia Berjaya menonjolkan teknologi dan seni bina Islam yang mengagumkan
seperti Masjid al-Aqsa di Jurusalem dan juga Masjid Ummayad di Damascus yang
dibina pada kurun ke-7M.
6) Teknologi kejuruteraan jalan raya dan jambatan
Dalam bidang ini, pembinaan jambatan Shahristan di Isfaham,
Iran amat dikagumi pada kurun ke-12M. Keistimewaan ialah jambatan ini mempunyai
pintu gerbang yang sangat banyak dan bersegmen.
7) Kejuruteraan hidrologi
Pada zaman pemerintahan
Umar Abdul Aziz, beliau telah mengarahkan pembinaan terusan yang pangnya
10km untuk mengalirkan air Sungai Furat ke Bashrah sebagai punca air kerana
berlakunya kemarau yang panjang.
No comments:
Post a Comment